Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik bazaar Ramadhan. Korang folow je step by step kat bawah ni In Shaa Allah ayam percik korang akan sedap.
Prep Time30 minutesmins
Cook Time30 minutesmins
Total Time3 hourshrs
Course: Juadah Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Bakar/Panggang, Makanan Malaysia
Keyword: Resepi Ayam Percik
Servings: 4Orang
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM30
Equipment
Periuk kecil untuk perap ayam
Oven/tempat pemanggang ayam
Pisau potong
Mesin blender/Batu lesung
Mangkuk untuk kuah perapan ayam
Dapur gas
Ingredients
Bahan Perapan Ayam Percik
4BahagianAyamDada sahaja
5BijiBawang merah
5Biji Bawang putih
1PotongHaliaBesar ibu jari
⅓SuduGaram
Bahan Kuah Ayam Percik
1CawanSantan cair
4BatangSerai
1PotongHaliaBesar ibu jari
1PotongLengkuasBesar ibu jari
20TangkaiCili KeringDirendam dalam air panas 5 minit
1CawanAir
5SuduGula
⅓SuduGaram
1SuduAjinomoto/Bahan perasa
2KepingAsam keping
1CawanSantan pekat
Instructions
Perapan Ayam Percik
Basuh potongan ayam bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk kecil untuk di perap.
Kisar kesemua bahan-bahan untuk perapan ayam seperti bawang merah, bawang putih dan halia. Tips: Jangan blend terlalu halus untuk bahan perapan ni.
Tuang kesemua hasil bahan yang telah dikisar ke dalam periuk yang berisi ayam dan campurkan garam.
Gaul sehingga sebati dan perap ayam selama 1 jam. Tips: Lebih lama ayam diperap lebih sedap dan lembut ayam tu.
Kuah Ayam Percik
Kisar halus dengan mesin blender bahan-bahan untuk kuah ayam percik seperti, santan cair, serai, halia, lengkuas, cili kering dan air.
Selepas di kisar tuang kan kesemua hasil bahan yang di kisar ke dalam periuk dan dipanaskan diatas dapur gas.
Setelah kuah semakin panas masukkan 2 keping asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Tips: Rasa kuah korang, kalau dah ok tu cun lah. Kalu kurang masin tambah garam.
Selepas itu masukkan ayam yang telah diperap 1 jam tadi kedalam kuah ayam percik yang sudah panas itu sehingga separuh masak. Tips: dalam 3 minit ayam sudah separuh masak.
Setelah ayam menjadi separuh masak, tutup api dapur gas.
Perapan Ayam Kali Ke Dua
Angkat ayam yang sudah separuh masak tadi dan perap sekali lagi selama 1 jam.
Kuah Ayam Percik Finale
Lebihan kuah ayam percik yang di masak bersama ayam tadi di tambah dengan 1 cawan santan pekat.
Masakan sehingga mendidih dan gaul kesemuanya sehingga sebati.
Apabila kuah sudah agak pekat, boleh tutupkan api. Tips: masak kuah ni dalam 5 minit dengan api yang besar sudah memadai.
Angkat kuah dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.
Bakar/Panggang Ayam percik Perapan Kali Ke 2
Setelah 1 jam ayam percik di perap untuk kali ke 2. Susun ayam percik di atas tray oven untuk di bakar. Tips: Boleh juga di panggang di atas dapur gas.
Masukkan ke dalam oven dan dibakar dengan suhu 220°C selama 15 minit. Tips: Ayam ni sudah separuh masak ye. 15 minit ni maximum untuk bakar ayam di dalam oven.
Selepas kedengan bunyi "TIINNGGG" di dapur korang, cepat-cepat keluarkan ayam daripada oven. Tips: Kalau korang lambat keluarkan In Shaa Allah ayam korang dah tak serupa ayam. Ini kerana haba di dalam oven masih mampu menghanguskan ayam walaupun ia telah padam.
Ayam percik korang siap dihidangkan bersama dengan kuah ayam percik. Yummyyy~~~
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.