Resepi asam pedas ikan merah ni aku sediakan dengan kaedah yang paling mudah untuk korang fahami. Hanya ikut langkah demi langkah di dalam resepi ni In Sha Allah asam pedas korang akan menjadi sedap dan korang suka nak makan.
Prep Time30 minutesmins
Cook Time1 hourhr
Total Time1 hourhr30 minutesmins
Course: Juadah Berbuka Puasa, Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Malaysia, Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: resepi asam pedas ikan merah
Servings: 4Orang
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM40
Equipment
Kuali sederhana besar
Pisau
Sudip/Senduk
Ingredients
Bahan Kisar/Bahan Tumis
1BijiBawang besarSaiz besar
2BijiBawang MerahSaiz sederhana
3BijiBawang putihSaiz sederhana
4HirisanLengkuas
½InciHalia
½InciKunyit Hidup
Bahan Masak Utama Asam Pedas Ikan Merah
2BatangSeraiDi ketuk bontotnya
1Sudu BesarAsam jawaDi bancuh dengan 1 mangkuk air
1KuntumBunga kantanBelah 2
8Sudu BesarCili kisarlebih kurang ½ mangkuk kecil
2Sudu kecilMaggi cukup rasaBrand lain pun ok je
⅓SuduGaram
500mlAir
1CawanMinyak masak
Instructions
Bahan Kisar
Masukkan kesemua bahan-bahan yang hendak di kisar seperti bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup ke dalam blender dan kisar.
Setelah selesai di blender masukkan ke dalam mangkuk.
Masak asam pedas ikan merah
Letakkan kuali/periuk di atas dapur gas dan nyalakan api. Selepas itu masukkan minyak masak.
Sesudah minyak panas, masukkan bahan-bahan kisar bersama serai yang telah di ketuk ke dalam kuali untuk di tumis.
Setelah bahan tumis menjadi harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan tambah air jika mahu kuah yang banyak dan di masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
Setelah mendidih masukkan ikan merah dan bunga kantan.
Jika mahu ada sayur korang boleh la tambah sayur seperti tomato dan bendi.
Perlahankan api dan masak sehingga bunga kantan kelihatan layu.
Masukkan maggi cukup rasa dan kacau sehingga masakan sebati.
Matikan api dan boleh di hidangkan ke dalam mangkuk.
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.