Nasi ayam ni nak sedap ayam tu kena lembut. Sambal dia pula kena la ada rasa baru berselera nak makan. Semoga dengan resepi ni kenyang la perut korang ye.
Prep Time1 hourhr
Cook Time30 minutesmins
Perap ayam1 hourhr
Total Time2 hourshrs30 minutesmins
Course: Main Course, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Malaysia
Diet: Halal
Keyword: Nasi Ayam
Servings: 4
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM30
Equipment
Periuk nasi
Kuali
Senduk
Sudip
Periuk Kecil
Dapur gas
Ingredients
Untuk Rebusan Ayam
1EkorAyam
1BijiBawang besarDipotong kasar
1InciHalia Diketuk
2BatangSerai
3UlasBawang putih
Untuk Masak Nasi
5CawanBeras
1InciHaliaDipotong nipis
3BijiBawang MerahDipotong halus
4 UlasBawang Putih Dipotong halus
1BatangKulit kayu manis (kecil)
Bunga lawangsedikit
Cengkihsedikit
Lemak ayamsedikit
1SuduMarjerin/Butter
1KetulKiub Ayam
Sedikit KunyitTak perlu banyak sangat nanti kuning nasi tu.
1KepingDaun pandanDisimpulkan.
½Sudu kecilGaramSikit je nanti masin sangat darah tinggi pulak.
Untuk Perapan Ayam
3Ulas Bawang putih
½InciHalia
2SuduSos tiram
1Sudu Sos lada hitam
1 SuduKicap manisRasa-rasa dulu. Kalau tak cukup tambah lagi.
½SuduGula merah/ gula kabung
½Sudu KecilGaram
1Sudu KecilPati Ayam
½SuduMarjerin
3 cawan Minyak masakuntuk goreng ayam
Sos atau sambal
5-7BijiCili besarNak pedas boleh tambah cili api.
½SuduGulaSecukupnya
⅓SuduGula merah/gula kabung
⅓SuduGaram
5UlasBwang putih
2BijiLimau nipis/limau kasturi
4SuduSos cili
Sup Nasi Ayam
1SetKaki Ayamlebihan potongan ayam
1SetTulang ayam haluslebihan potongan ayam
1KetulLeher/tengkuk ayamlebihan potongan ayam
1KepingKulit kayu manisHalus
Bunga lawangsedikit
CengkihSedikit
1KetulKiub AyamKnor recommended
1SuduPerencah cukup rasaMaggi recommended
½Sudu kecilLada Sulah
⅓Sudu kecilGaram
1BatangDaun sup
1BatangDaun bawang
1SuduBawang goreng
3cawan Air masak
Sayur dan Salad
1BatangTimunDi hiris ikut kesesuaian anda
2BijiTomatoDi hiris ikut kesesuaian anda
1BatangLobak merahDi potong ikut kesesuaian anda
4HelaiDaun saladSekeping untuk setiap pinggan
Instructions
Basuh Dan Potong Ayam
Potong ayam mengikut cita rasa anda. Rasa nak potong 8 pun boleh nk potong 16 pun boleh.
Lemak ayam jangan di buang kerana anda akan perlukannya sedikit untuk memasak nasi.
Basuh ayam sebersih-bersihnya. Jika perlu rendam dengan air limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir ayam tersebut.
Rebus Ayam
Rebus ayam yang telah dipotong tadi. Tak perlu lama. 3 minit pun dah cukup untuk mengempukkan ayam tadi sebelum di perap.
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
Masukkan bahan-bahan untuk rebusan ayam.
Padamkan api dan angkat hasil rebusan ayam tadi selepas 3 minit.
Jangan buang air rebusan ayam kerana anda perlukannya untuk memasak nasi.
Masak Nasi
Masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin.
Buka api dapur gas dengan api yang sederhana.
Panaskan lemak ayam bersama marjerin tadi sehingga lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kau manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis jangan sampai garing. Cukup sekadar bahan-bahan tadi layu sahaja.
Kemudian masukkan beras yang sudah di basuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam.
Goreng dan gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Sekejap je tau.
Masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit kunyit yang dipotong halus.
Sukatan air seperti masak nasi biasa.
Tanak nasi sehingga masak.
Perap Ayam
Bawang putih dan halia di tumbuk sehingga lumat. Perah dan ambil jusnya.
Gaul bahan-bahan yang lain sehingga sebati bersama-sama dengan ayam.
Perap sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama lagi lembut dan sedap ayam tu.
Simpan sedikit lebihan kuah perapan ayam ini untuk digunakan membuat kuah kicap nasi ayam.
Goreng Ayam
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi ke dalam kuali panas.
Semasa menggoreng ayam gunakan api yang perlahan.
Kerap terbalikkan ayam untuk mengelakkan daripada ayam menjadi hangus.
Untuk menjadikan ayam berkilat letakkan sedikit madu ke dalam kuali. Jika adan tiada madu masukkan marjerin sedikit.
Goreng ayam selama 5 minit. Angkat dan toss kan ayam.
Penyediaan Sos atau sambal
Kisar semua bahan-bahan untuk sos atau sambal yang kita da sediakan tadi.
Masak di atas api sehingga mendidih.
Tutup api dan angkat.
Kuah Kicap
Lebihan kuah perapan ayam tadi ditambah lebihan air rebusan ayam bersama kicap secukupnya.
Masak di atas api Selama 3 minit dan siap.
Masak Sup Nasi Ayam
Masukkan 3 cawan besar air kedalam periuk kecil.
Panaskan di atas api sehingga mendidih.
Masukkan kaki ayam, tulang ayam halus, tengkuk/leher ayam dan rebus sehingga mendidih.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih.
Masukkan pati ayam, perencah cukup rasa, lada sulah dan garam.
Rebus sehingga menggelegak.
Biarkan menggelegak selama 5 min dan tutup api.
Rasa sup untuk tahap masin dan kesedapannya.
Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
Penyediaan Sayur dan Salad
Potong kesemua bahan seperti timun, tomato, lobak merah dan daun salad ikut kehendak dan kesesuaian anda.
Hiaskan di dalam pinggan bersama-sama nasi ayam yang telah siap di masak.
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.