Resepi masak lemak cili api ni memang pedas dan sedap. Walaupun korang tak reti masak atau pertama kali nak masak resepi ni, aku percaya korang boleh masak dengan sedap.
Prep Time30 minutesmins
Cook Time30 minutesmins
Total Time2 hourshrs
Course: Makanan Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: Ayam Masak Lemak Cili Api
Servings: 4Orang
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM30
Equipment
Pisau potong ayam, sayur, bahan-bahan masak
Kuali sederhana besar/periuk sederhana besar
Sudip
Sendok
Dapur gas
Ingredients
1EkorAyam Di potong 8 atau 16 ikut citarasa anda
1BijiKelapa parutPerahan santan pekat dan cair hendaklah diasingkan. Tips: Santan pekat adalah perahan santan pertama & santan cair adalah perahan santan kedua.
1SuduGaram
1KepingAsam keping
½HelaiDaun kunyitDi hiris halus
8BijiCili api hijauKalau dapat cili api kampung lebih pedas
8BijiCili merahKalau dapat cili merah Pakistan lebih padu
2PotongKunyit hidupDi potong saiz ibu jari
1UlasBawang merah
Instructions
Ayam yang sudah dipotong mengikut cita rasa anda di gaul dengan garam dan di perap selama 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit pada perapan ayam supaya ia tidak kelihatan pucat.
Sementara menunggu ayam selesai di perap, sediakan bahan-bahan untuk ditumbuk. Bahan-bahannya adalah cili api hijau, cili merah, kunyit hidup dan bawang merah.
Tumbuk bahan-bahan ini sehingga lumat selumat-lumatnya. Tips : hiris halus bahan yang nak ditumbuk terlebih dahulu supaya mudah untuk ditumbuk sehingga lumat.
Tanpa menggunakan minyak, masukkan ayam yang sudah siap di perap ke dalam kuali dan nyalakan api perlahan.
Gaul ayam di dalam kuali sehingga ia nampak kering sedikit. Anggaran masa dalam 3-5 minit.
Masukkan bahan yang sudah di tumbuk lumat ke dalam kuali. Gaul ayam dan bahan tadi sehingga sebati. Aggaran masa 3 minit.
Masukkan santan cair ke dalam kuali dan besarkan api masakan. Gaul bahan-bahan ni sehingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih.
Masukkan asam keping ke dalam kuali.
Selepas ayam menjadi empuk, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam masakan anda. Tips: ayam dikatakan empuk apabila keadaan ayam nampak gebu.
Masukkan santan pekat dan kacau sehingga sebati kesemua bahan dalam kuali.
Panaskan dalam 5 min lagi dan tutup api masakan.
Rasa masakan anda. Jika kurang masin tambahkan garam. Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air masak.
Ayam masak lemak cili api sedia untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.