Resepi kari ayam bujang ni mudah untuk di masak oleh sesiapa sahaja. Sangat sesuai di masak oleh golongan orang bujang yang tak berapa reti nak masak. Tak pandai masak pun boleh jadi sedap dengan resepi mudah ni.
Prep Time30 minutesmins
Cook Time30 minutesmins
Total Time1 hourhr
Course: Makanan Berbuka Puasa, Makanan Kampung, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Melayu
Keyword: kari ayam
Servings: 4Orang
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM15
Equipment
Periuk sederhana besar
Pisau potong sayur/ayam
Sudip/Senduk
Dapur gas
Ingredients
4PotongBahagian ayamIkut keinginan korang
3BijiBawang merah
5Biji kecikBawang putih
½BijiBawang besar
1Kotak kecikSantan kelapaBrand Kara recommended
2SuduGaram halus
3BijiCili api hijauKalau nak pedas/Tak nak pedas boleh tolak cili api ni
1CawanMinyak masak
3SuduSerbuk kari
1SuduAsam jawaLarutkan di dalam satu mangkuk kecil air.
Instructions
Cuci ayam yang telah di potong 4 bahagian ni dengan bersih.
Potong kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili api dan masukkan ke dalam mangkuk untuk persediaan.
Panaskan kuali di atas dapur gas dan masukkan minyak minyak masak ke dalamnya.
Minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah di potong td ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan ayam yang telah di potong tadi ke dalam kuali.
Gaul sehingga semua bahan-bahan di dalam kuali tadi sebati.
Masukkan santan kotak ke dalam kuali. Tambah air dengan sukatan santan kotak tadi sebanyak 2 kali.
Gaul ke semua bahan-bahan ni sehingga sebati dan panaskan sehingga mendidih.
Perlahankan api dan masukkan garam dan air asam jawa.
Kacau dengan sekata kesemua bahan-bahan ni.
Tutup periuk dan panaskan dengan api yang perlahan selama 10 minit.
Bukak balik periuk dan kacau semula kari ayam ni dan tutup api dapur gas.
Siap untuk di hidangkan.
Notes
Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.