• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Makanan Sedap Resepi Mudah
  • Home
  • Hubungi
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Resepi Mudah
Home » Resepi Mudah » Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

26 April 2020 by sharafie

Jump to Recipe Print Recipe

Assalamualaikum semua pengunjung blog Makanan Sedap Resepi Mudah. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni bersama-sama la kita tingkatkan amalan. Semoga segala amalan kebaikan yang kita lakukan diterima Allah. Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik.

Rindu pulak zaman boleh pergi bazaar Ramadhan kan. Musim-musim PKP ni elok la kita duduk rumah dan cuba masak apa yang mampu untuk menjadi santapan berbuka puasa. Ada bazaar Ramdhan Online tapi aku tak cuba nak order lagi. Tengok la esok lusa aku cuba order.

resepi-ayam-percik-juadah-berbuka

Kalau kita ingat la kan pergi je bazaar Ramadhan macam-macam menu makanan yang ada di jual oleh peniaga makanan ni. Paling tak tahan bau ayam percik la. Kalau dia punya asap sampai tu, fuuuhhh menusuk ke sanubari. Memang teringin sangat nak makan time tu jugak. Nasib la bulan puasa kan kalau tak habis da ayam percik tu.

Resepi Mudah Ayam Percik Pasti Sedap

Jom kita teruskan dengan resepi ayam percik untuk juadah berbuka puasa. Resepi yang mudah untuk korang ikut. Bahan-bahannya pun simple je. Kalau betul korang ikut step by step dia In Shaa Allah jadi macam kat bazaar Ramadhan tu.

resepi ayam percik juadah berbuka
Print Recipe

Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Resepi ayam percik ni di inspirasikan sempena bulan Ramadhan ni. Di kala aku terpikir nak makan apa berbuka ni teringat kat ayam percik bazaar Ramadhan. Korang folow je step by step kat bawah ni In Shaa Allah ayam percik korang akan sedap.
Prep Time30 minutes mins
Cook Time30 minutes mins
Total Time3 hours hrs
Course: Juadah Berbuka Puasa, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Bakar/Panggang, Makanan Malaysia
Keyword: Resepi Ayam Percik
Servings: 4 Orang
Calories: 1000kcal
Author: sharafie
Cost: RM30

Equipment

  • Periuk kecil untuk perap ayam
  • Oven/tempat pemanggang ayam
  • Pisau potong
  • Mesin blender/Batu lesung
  • Mangkuk untuk kuah perapan ayam
  • Dapur gas

Ingredients

Bahan Perapan Ayam Percik

  • 4 Bahagian Ayam Dada sahaja
  • 5 Biji Bawang merah
  • 5 Biji Bawang putih
  • 1 Potong Halia Besar ibu jari
  • ⅓ Sudu Garam

Bahan Kuah Ayam Percik

  • 1 Cawan Santan cair
  • 4 Batang Serai
  • 1 Potong Halia Besar ibu jari
  • 1 Potong Lengkuas Besar ibu jari
  • 20 Tangkai Cili Kering Direndam dalam air panas 5 minit
  • 1 Cawan Air
  • 5 Sudu Gula
  • ⅓ Sudu Garam
  • 1 Sudu Ajinomoto/Bahan perasa
  • 2 Keping Asam keping
  • 1 Cawan Santan pekat

Instructions

Perapan Ayam Percik

  • Basuh potongan ayam bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk kecil untuk di perap.
  • Kisar kesemua bahan-bahan untuk perapan ayam seperti bawang merah, bawang putih dan halia. Tips: Jangan blend terlalu halus untuk bahan perapan ni.
  • Tuang kesemua hasil bahan yang telah dikisar ke dalam periuk yang berisi ayam dan campurkan garam.
    perapan-ayam-percik
  • Gaul sehingga sebati dan perap ayam selama 1 jam. Tips: Lebih lama ayam diperap lebih sedap dan lembut ayam tu.

Kuah Ayam Percik

  • Kisar halus dengan mesin blender bahan-bahan untuk kuah ayam percik seperti, santan cair, serai, halia, lengkuas, cili kering dan air.
  • Selepas di kisar tuang kan kesemua hasil bahan yang di kisar ke dalam periuk dan dipanaskan diatas dapur gas.
    kuah-ayam-percik-sedap
  • Setelah kuah semakin panas masukkan 2 keping asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Tips: Rasa kuah korang, kalau dah ok tu cun lah. Kalu kurang masin tambah garam.
  • Selepas itu masukkan ayam yang telah diperap 1 jam tadi kedalam kuah ayam percik yang sudah panas itu sehingga separuh masak. Tips: dalam 3 minit ayam sudah separuh masak.
  • Setelah ayam menjadi separuh masak, tutup api dapur gas.

Perapan Ayam Kali Ke Dua

  • Angkat ayam yang sudah separuh masak tadi dan perap sekali lagi selama 1 jam.
    perapan-ayam-percik-kali-ke-2

Kuah Ayam Percik Finale

  • Lebihan kuah ayam percik yang di masak bersama ayam tadi di tambah dengan 1 cawan santan pekat.
  • Masakan sehingga mendidih dan gaul kesemuanya sehingga sebati.
  • Apabila kuah sudah agak pekat, boleh tutupkan api. Tips: masak kuah ni dalam 5 minit dengan api yang besar sudah memadai.
  • Angkat kuah dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.

Bakar/Panggang Ayam percik Perapan Kali Ke 2

  • Setelah 1 jam ayam percik di perap untuk kali ke 2. Susun ayam percik di atas tray oven untuk di bakar. Tips: Boleh juga di panggang di atas dapur gas.
  • Masukkan ke dalam oven dan dibakar dengan suhu 220°C selama 15 minit. Tips: Ayam ni sudah separuh masak ye. 15 minit ni maximum untuk bakar ayam di dalam oven.
  • Selepas kedengan bunyi "TIINNGGG" di dapur korang, cepat-cepat keluarkan ayam daripada oven. Tips: Kalau korang lambat keluarkan In Shaa Allah ayam korang dah tak serupa ayam. Ini kerana haba di dalam oven masih mampu menghanguskan ayam walaupun ia telah padam.
  • Ayam percik korang siap dihidangkan bersama dengan kuah ayam percik. Yummyyy~~~

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.

Amacam jadi ke tak jadi ayam percik korang. Aku dah kenyang makan ayam percik aku ni. Alhamdulillah. Kalau korang punya tak jadi cuba periksa balik step yang aku bagi dalam resepi ayam percik ni.

Bukan setakat resepi aku kongsi dengan korang. Tips masakan sekali aku bagi supaya tak banyak persoalan korang masa nak masak resepi makanan kat sini.

Tapi kalau korang memang betul-betul ikut step by step yang aku bagi ni aku tak rasa ayam percik korang akan jadi lain. Kalau ade pertanyaan dan pendapat boleh contact aku di ruangan HUBUNGI tak ada masalah.

Sampai sini dulu perkongsian aku dengan korang untuk kali ni. Semoga kita bertemu lagi di resepi-resepi masakan yang akan datang. Selamat mencuba, dan terima kasih.

Filed Under: Makan Tengah Hari, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Berkuah, Makanan Panggang/Bakar, Resepi Mudah Tagged With: resepi mudah ayam percik

Previous Post: « Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi
Next Post: Resepi Asam Pedas Ikan Merah »

Primary Sidebar

Pemberitahuan/Announcement

attention-pengumuman-announcement

Kepada pengunjung yang baru dan belum biasa dengan blog ni, korang boleh cek FAQ untuk ketahui fungsi dan cara nak print resepi di blog ni.

Resepi Mudah Terbaru

  • Tips Memilih Pucuk Ubi untuk Masakan
  • Cara Memasak dan Membasuh Siput Sedut dengan Bersih
  • Resepi Masak Lemak Siput Sedut yang Mudah dan Sedap
  • Resepi Kuih Ketayap yang Sedap dan Mudah Disediakan
  • Resepi Mudah Donut Lembut dan Gebu dengan Tips Tahan Lama

Featured Post

resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

resepi sup tulang sedap

Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

Copyright © 2025 · MAKANAN SEDAP RESEPI MUDAH · Log in