• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Makanan Sedap Resepi Mudah
  • Hubungi
  • FAQ
  • Privacy Policy
Home » Resepi Mudah » Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

27 April 2020 by sharafie

Jump to Recipe Print Recipe

Dalam banyak-banyak asam pedas, aku paling suka asam pedas ikan merah. Sebab isi ikan tu sendiri memang dah sedap. So kat sini aku nak kongsi dengan korang resepi asam pedas ikan merah yang simple jer mudah dimasak tapi sedap.

Bahan-bahan memasak juga boleh didapatkan di pasaraya-pasaraya yang berdekatan dengan rumah korang. Nak masak dia pun cepat dengan resepi mudah ni orang tak pandai masak pun boleh masak jadi sedap.

resepi-asam-pedas-ikan-merah

Bercakap pasal asam pedas, makanan ni terkenal di kawasan Melaka. Kalau pergi ke Melaka tak sah kalau tak cuba makanan asam pedas kan. Tak kisah la asam pedas ikan pari, asam pedas ikan kembong, dan juga asam pedas daging.

Banyak kedai-kedai makanan asam pedas kat Melaka yang terkenal seperti asam pedas Pak Man. Kedai dia ni dekat dengan rumah aku so aku tengok memang ramai orang datang sini. Makanan dia pun memang sedap sebab aku da penah cuba cuma harga dia mahal sikit lah.

So kalau korang nak murah korang kena cuba masak asam pedas ni sendiri. Resepi pun dah ada tinggal korang beli bahan masak dan masak lah sendiri. Jom kita memasak.

resepi asam pedas ikan merah
Print Recipe

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

Resepi asam pedas ikan merah ni aku sediakan dengan kaedah yang paling mudah untuk korang fahami. Hanya ikut langkah demi langkah di dalam resepi ni In Sha Allah asam pedas korang akan menjadi sedap dan korang suka nak makan.
Prep Time30 mins
Cook Time1 hr
Total Time1 hr 30 mins
Course: Juadah Berbuka Puasa, Makan Malam, Makan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Malaysia, Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: resepi asam pedas ikan merah
Servings: 4 Orang
Calories: 1000kcal
Cost: RM40

Equipment

  • Kuali sederhana besar
  • Pisau
  • Sudip/Senduk

Ingredients

Bahan Kisar/Bahan Tumis

  • 1 Biji Bawang besar Saiz besar
  • 2 Biji Bawang Merah Saiz sederhana
  • 3 Biji Bawang putih Saiz sederhana
  • 4 Hirisan Lengkuas
  • ½ Inci Halia
  • ½ Inci Kunyit Hidup

Bahan Masak Utama Asam Pedas Ikan Merah

  • 2 Batang Serai Di ketuk bontotnya
  • 1 Sudu Besar Asam jawa Di bancuh dengan 1 mangkuk air
  • 1 Kuntum Bunga kantan Belah 2
  • 8 Sudu Besar Cili kisar lebih kurang ½ mangkuk kecil
  • 2 Sudu kecil Maggi cukup rasa Brand lain pun ok je
  • ⅓ Sudu Garam
  • 500 ml Air
  • 1 Cawan Minyak masak

Instructions

Bahan Kisar

  • Masukkan kesemua bahan-bahan yang hendak di kisar seperti bawang besar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, kunyit hidup ke dalam blender dan kisar.
  • Setelah selesai di blender masukkan ke dalam mangkuk.

Masak asam pedas ikan merah

  • Letakkan kuali/periuk di atas dapur gas dan nyalakan api. Selepas itu masukkan minyak masak.
  • Sesudah minyak panas, masukkan bahan-bahan kisar bersama serai yang telah di ketuk ke dalam kuali untuk di tumis.
  • Setelah bahan tumis menjadi harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan tambah air jika mahu kuah yang banyak dan di masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
  • Setelah mendidih masukkan ikan merah dan bunga kantan.
  • Jika mahu ada sayur korang boleh la tambah sayur seperti tomato dan bendi.
  • Perlahankan api dan masak sehingga bunga kantan kelihatan layu.
  • Masukkan maggi cukup rasa dan kacau sehingga masakan sebati.
  • Matikan api dan boleh di hidangkan ke dalam mangkuk.

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.

Tips Memasak Asam Pedas Ikan Merah

Nak masak asam pedas ni memerlukan sedikit kesabaran. Untuk kisar bahan-bahan masak. Nak menumis dia punya cili kisar sampai pecah minyak. Dah pecah minyak baru sedap makanan tu.

Selain pada tu, asam pedas ni boleh tahan 2 3 hari kalau di panaskan kuahnya. Tapi lauk seperti ikan kena di asingkan takut kalau panas-panaskan nanti isi ikan tu sendiri akan hancur. Kalau tak nak asingkan pun boleh tapi tak boleh panaskan lama-lama la.

Setakat ni dulu perkongsian resepi asam pedas ikan merah ni dulu. Semoga kita bertemu lagi di resepi-resepi yang akan datang. Kalau korang ada resepi yang best-best korang boleh share dengan aku di ruangan Hubungi dan aku akan post resepi korang dalam blog ni, In Shaa Allah.

Filed Under: Makan Tengah Hari, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Berkuah, Makanan Makan Malam, Makanan Pedas, Masakan Kampung, Resepi Mudah Tagged With: resepi mudah asam pedas

Previous Post: « Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa

Primary Sidebar

Penulis dan Pemilik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Sharafie pemilik dan hanya saya seorang yang mengendalikan Blog Makanan ni. Jika ada sebarang pandangan boleh hubungi saya melalui bahagian HUBUNGI di ruangan Menu di atas.

Pemberitahuan/Announcement

attention-pengumuman-announcement

Kepada pengunjung yang baru dan belum biasa dengan blog ni, korang boleh cek FAQ untuk ketahui fungsi dan cara nak print resepi di blog ni.

Resepi Mudah Terbaru

  • Resepi Asam Pedas Ikan Merah
  • Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa
  • Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi
  • Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap
  • Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style
resepi mudah kari ayam

Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

ayam masak lemak cili api

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Copyright © 2023 · MAKANAN SEDAP RESEPI MUDAH · Log in