• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Makanan Sedap Resepi Mudah
  • Hubungi
  • FAQ
  • Privacy Policy
Home » Resepi Mudah » Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

22 April 2020 by sharafie

Jump to Recipe Print Recipe

Resepi nasi goreng kampung PKP style ni di inspirasikan daripada musim Covid-19 yang sedang melanda dunia sekarang ni. Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada semua rakyat Malaysia, semua orang sekarang ni duduk dirumah dan asik nak makan.

Nak makan pulak makanan yang sedap-sedap je kan. Musim-musim PKP ni macam-macam la kita nak cuba masak kat dapur tu kan. Yela da duduk rumah je asik ingat nak makan jela.

Nasi goreng kampung yang aku nak share ni adalah nasi goreng kampung biase je yang hanya menggunakan bahan-bahan masakan yang mudah untuk di masak. Resepi mudah di masak je yang aku nak share kat blog makanan aku ni.

resepi-nasi-goreng-kampung-pkp

Memasak bukan lah sesuatu yang sukar dan bukan juga sesuatu yang mudah. Tapi boleh cuba kan. Kita perlu belajar untuk pandai sesuatu perkara tu. Samalah dengan memasak ni. Kadang-kadang kita perlu try and error untuk mendapatkan sesuatu makanan yang kita masak tu sedap dan di sukai ramai.

Oleh yang demikian, korang kene cuba dulu resepi yang aku share ni baru korang tahu sedap ke tidak nasi goreng kampung PKP style ni. Belum cuba belum tahu kan bak kata pepatah melayu.

Resepi Mudah Nasi Goreng Kampung PKP

Untuk resepi ni tak perlukan banyak bahan masakan pun. Tempoh memasak pun tak sampai 30 minit dah boleh siap. Ianya sangat mudah dan sedap. Korang hanya perlukan nasi untuk di goreng, potongan ayam dan beberapa rencah yang lain.

Untuk penerangan yang lebih detail mengenai resepi nasi goreng ni korang boleh baca sendiri kat dalam menu resepi di bawah ni.

resepi nasi goreng kampung pkp
Print Recipe

Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style

Resepi ni di inspirasikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di Malaysia. Resepi yang mudah dan boleh di masak oleh semua orang. Yang tak tau masak pun boleh masak jadi sedap dengan resepi ni.
Prep Time10 mins
Cook Time20 mins
Total Time30 mins
Course: Makanan Kampung, Makanan Tengah Hari
Cuisine: Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: nasi goreng kampung
Servings: 4 Orang
Calories: 1000kcal
Cost: RM10

Equipment

  • Kuali sederhana besar
  • Sudip
  • Dapur gas
  • Pisau

Ingredients

  • 1 Paket Perencah nasi goreng kampung Seri Aji
  • ½ Biji Bawang Besar
  • 3 Biji Bawang merah
  • 3 Biji Kecik Bawang putih
  • 2 Sudu Marjerin Aku suka guna marjerin Planta
  • 1 Bahagian Ayam dipotong kecil Bahagian dada recommended untuk isi ayam
  • 1 Senduk Minyak masak
  • ⅓ Sudu Serbuk kunyit

Instructions

  • Sediakan bahan-bahan memasak terlebih dahulu dengan memotong bawang besar, bawang merah, bawang putih dan di basuh dengan bersih. Hint: Kalau suka pedas boleh tambah cili api 3 biji.
  • Nasi yang sudah masak dan siap sedia untuk di goreng di letakkan di dalam pinggan atau mangkuk.
  • 1 bahagian isi ayam di potong kecil dan di basuh kemudian di letakkan sedikit serbuk kunyit.
    ayam-perap-goreng
  • Panaskan kuali dan letakkan 2 sudu marjerin dan 1 senduk minyak masak ke dalam kuali panas.
  • Apabila minyak di dalam kuali sudah panas, masukkan bahagian isi ayam yang sudah di potong kecil kedalam kuali dan di masak selama 2 minit.
  • Masukkan bahan-bahan yang sudah di potong td iaitu bawang besar, bawang merah dan bawang putih bersama. Gaul sebati bersama ayam selama 1 minit.
    bahan-nasi-goreng-kampung
  • Masukkan sedikit garam bagi tambah rasa masin sikit.
  • Masukkan perencah nasi goreng kampung Seri Aji ke dalam kuali dan digaul sebati selama 30 saat.
    perencah-nasi-goreng-kampung-seri-aji
  • Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
  • Tempoh menggoreng nasi aku anggarkan dalam 5 min da cukup.
    resepi-nasi-goreng-kampung
  • Tutup api dan hidangkannya di dalam pinggan. Siap untuk di makan.
    resepi nasi goreng kampung pkp

Notes

Kalau anda ada resepi makanan sedap best-best yang rare ke boleh la share kat sini. Saya akan buat resepi anda akan di kenali ramai. Tak kisah la resepi makanan, minuman, kuih-muih atau sebagainya share la kat sini yer.

Resepi yang sangat mudah untuk di masak kan. Abang-abang pun boleh masak sendiri kat rumah tau dengan perencah nasi goreng kampung ni. Jangan takut dan malas nak mencuba. Kita orang lelaki kena berani masuk ke dapur untuk belajar memasak. Bosan la asik makan luar je kan. Kurang-kurang boleh jimat banyak ni.

Sekian, terima kasih.

Filed Under: Makan Tengah Hari, Makanan Berbuka Puasa, Makanan Sarapan Pagi, Masakan Kampung, Resepi Mudah

Previous Post: « Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
Next Post: Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap »

Primary Sidebar

Penulis dan Pemilik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Sharafie pemilik dan hanya saya seorang yang mengendalikan Blog Makanan ni. Jika ada sebarang pandangan boleh hubungi saya melalui bahagian HUBUNGI di ruangan Menu di atas.

Pemberitahuan/Announcement

attention-pengumuman-announcement

Kepada pengunjung yang baru dan belum biasa dengan blog ni, korang boleh cek FAQ untuk ketahui fungsi dan cara nak print resepi di blog ni.

Resepi Mudah Terbaru

  • Resepi Asam Pedas Ikan Merah
  • Resepi Ayam Percik Juadah Berbuka Puasa
  • Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi
  • Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap
  • Resepi Nasi Goreng Kampung PKP Style
resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

resepi mudah kari ayam

Resepi Mudah Kari Ayam Bujang Sedap

Copyright © 2023 · MAKANAN SEDAP RESEPI MUDAH · Log in