Cara buat tempoyak durian ini dihasilkan menggunakan 1KG isi durian kampung yang mudah untuk di beli di pasaran tempatan. Korang boleh je guna durian musang king tapi kosnya agak mahal lah. Kat sini aku kongsi cara buat tempoyak guna isi durian yang mampu milik oleh rakyat marhaen sahaja. Lets jump into the recipe.
Prep Time20 minutesmins
Active Time2 daysd
Masa Perapan Isi Durian2 daysd
Total Time4 daysd20 minutesmins
Course: Makanan Kampung
Cuisine: Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: cara buat tempoyak durian
Yield: 1KG
Author: sharafie
Cost: RM30
Equipment
1 Penapis untuk letak isi durian
1 Besen untuk toss isi durian
1 Pisau untuk potong dan asingkan isi durian
1 Balang kuih raya untuk peram isi durian
Materials
1KGIsi durian kampungnak guna durian lain pun boleh
3SuduGaramsudu biasa
1SuduGulasudu biasa
Instructions
Pilih isi durian yang baik dan asingkan daripada buah durian
Asingkan isi durian daripada bijinya menggunakan pisau
Masukkan isi durian ke dalam penapis
Toss kan isi durian di atas besen selama 2 hari
Masukkan garam dan gula mengikut sukatan
Gaul isi durian dengan sebati
Masukkan isi durian ke dalam bekas/balang
Perap isi durian selama 2 hari
Setelah 2 hari isi durian sudah menjadi tempoyak durian yang sedap untuk di makan
Notes
Tips Tempoyak Durian Tahan Lama
Guna isi durian yang elok sahaja. Jangan guna isi durian yang sudah masam.
Pilih isi durian yang sedikit lembik. Kebiasaannya isi durian kampung yang mempunyai tekstur sebegini.
Keluarkan air daripada isi durian dengan cara toss kan selama 2 malam seperti di dalam cara buat tempoyak durian di atas.
Jangan kisar isi durian. Cukup sahaja dengan melenyekkannya menggunakan tangan.
Berapa Lama Tempoh Masa Tempoyak Durian Boleh Bertahan
Selalunya, tempoyak durian yang tidak ditambah dengan apa-apa bahan asing akan bertahan selama setahun di dalam bekas bertutup.