Resepi mudah kari ayam bujang ni memang sangat mudah untuk di masak oleh golongan bujang. Bahan masakan pun tak banyak diperlukan. Sangat sesuai dengan gelaran bujangnya.
Dari segi tahap kesedapannya ALhamdulillah boleh diketegorikan sedap dan boleh dimakan. Lagi-lagi kalau perut tengah lapar kan.
Bahan-bahan masakan boleh di dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan rumah korang sebab bahan-bahannya mudah untuk di dapati di semua pasaraya.
Tempoh untuk memasaknya tidaklah lama sekitar 1 jam sahaja daripada tempoh penyediannya sehingga lah kari ayam bujang ni dapat di makan. Bunyi pun dah mudah kan. Lebih mudah lagi kalau kita start memasak sekarang.
Resepi Kari Ayam Bujang
Jom kita cuba masak resepi kari ayam bujang ni jadi ke tidak. Sila ikut resepi di bawah ni. Semoga masak kari ayam ni dengan jayanya.
Sebelum korang tengok resepi aku ni, aku nak bagitahu la yang aku masak kari ayam ni tanpa menggunakan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari. Nak tahu sebabnya?
Korang kena baca sampai habis post ni sebab aku ada bagitahu kenapa aku tak gunakan bahan 4 sekawan dalam resepi masakan aku ni.
Resepi Kari Ayam Bujang
Equipment
- Periuk sederhana besar
- Pisau potong sayur/ayam
- Sudip/Senduk
- Dapur gas
Ingredients
- 4 Potong Bahagian ayam Ikut keinginan korang
- 3 Biji Bawang merah
- 5 Biji kecik Bawang putih
- ½ Biji Bawang besar
- 1 Kotak kecik Santan kelapa Brand Kara recommended
- 2 Sudu Garam halus
- 3 Biji Cili api hijau Kalau nak pedas/Tak nak pedas boleh tolak cili api ni
- 1 Cawan Minyak masak
- 3 Sudu Serbuk kari
- 1 Sudu Asam jawa Larutkan di dalam satu mangkuk kecil air.
Instructions
- Cuci ayam yang telah di potong 4 bahagian ni dengan bersih.
- Potong kesemua bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili api dan masukkan ke dalam mangkuk untuk persediaan.
- Panaskan kuali di atas dapur gas dan masukkan minyak minyak masak ke dalamnya.
- Minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang telah di potong td ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari dan ayam yang telah di potong tadi ke dalam kuali.
- Gaul sehingga semua bahan-bahan di dalam kuali tadi sebati.
- Masukkan santan kotak ke dalam kuali. Tambah air dengan sukatan santan kotak tadi sebanyak 2 kali.
- Gaul ke semua bahan-bahan ni sehingga sebati dan panaskan sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan masukkan garam dan air asam jawa.
- Kacau dengan sekata kesemua bahan-bahan ni.
- Tutup periuk dan panaskan dengan api yang perlahan selama 10 minit.
- Bukak balik periuk dan kacau semula kari ayam ni dan tutup api dapur gas.
- Siap untuk di hidangkan.
Notes
So macam mana? Sedap tak kari ayam ayam yang korang masak tu? Kalau sedap apa kata bagi rating yang baik sikit pasal resepi mudah kari ayam ni. Kalau tak sedap bagi tahu aku kat mana korang buat silap. Sebab resepi ni aku da masak dan memang boleh makan.
Aku memang masak kari ayam masa ni tak letak bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan daun kari sebab aku terlupa nak beli kat kedai. Resepi ni di buat pun masa PKP tengah dilaksanakan.
Jadi resepi ni sesuai la kot untuk masa-masa kecemasan seperti PKP ni. Bahan pun yang mudah dapat je dan ringkas. Tak tau buat apa kat rumah tetibe rasa lapar terus masak jela kari ayam dan terus boleh makan.
Sekian dulu untuk resepi mudah kari ayam kali ni. Semoga kita bertemu di resepi-resepi yang akan datang. Stay tune dengan blog makanan ni untuk update-update resepi terbaru daripada aku. Terima Kasih.