Resepi masak lemak pucuk ubi ni di ambil dan di ajarkan pada aku oleh mak mertua aku. Salah satu resepi mudah untuk di masak dan di praktikkan. Selain masak lemak pucuk ubi ni sedap, ia juga merupakan salah satu makanan sedap yang digemari oleh anak aku.
Tanpa membuang masa lagi jom kita tengok resepi masakan ini dengan lebih teliti. Jangan lupa share resepi ni kat kawan-kawan korang kalau rasa ia bermanfaaat untuk membantu mereka mencuba masakan ala kampung style gitu.
Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi
Equipment
- 1 Dapur gas Dapur kayu lagi sedap
- 1 Mesin blender/Batu lesung
- 1 Kuali sederhana besar
- 1 Sudip/Senduk
Ingredients
- 1 ikat pucuk ubi sederhana banyak untuk 5 orang
- 2 sudu minyak masak
- 1 kotak santan kelapa kotak kecil jer. Kalau dapat santan perah lagi cun.
- 1 genggam ikan bilis
- 3 biji cili api kalau tak letak cili sikit macam tak kena rasa dia
- 1 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 sudu garam secukup rasa
- ⅓ sudu serbuk perasa ajinomoto/cukup rasa terpulang kat korang
- 2 cawan air aku prefer letak air masak
Instructions
- Rendam ikan bilis 10 min. Toss kan selepas di rendam.
- Tumbuk ikan bilis, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili api sekali jalan. Nak blend guna blender pun aku ok je.
- Ketuk serai menggukan batu lesung.
- Pilih pucuk ubi yang sedang-sedang lembut, potong/tidak di potong di rendamkan/di celurkan dalam air panas selama 5-10 min sehingga lembut. Kemudian toss kan pucuk ubi tadi.
- Tenggek kuali atas dapur gas dan masukkan minyak ke dalamnya. Nyalakan api dan tunggu minyak panas.
- Masukkan bahan yang telah ditumbuk/dikisar tadi ke dalam kuali dan kacau menggunakan sudip sehingga naik bau.
- Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali beserta serai yang telah ditumbuk. Kacau sehingga mendidih.
- Masukkan pucuk ubi dan kacau sebentar.
- Masukkan santan dan kacau semua bahan di dalam kuali sehingga sekata.
- Masukkan bahan perasa garam dan serbuk perasa ke dalam kuali dan kacau.
- Sentiasa kacau bahan masakan di dalam kuali untuk mengelakkan santan pecah minyak dan berketul.
- Jika dari pandangan mata korang pucuk ubi tu macam da empuk, boleh la di angkat masakan tadi ke dalam mangkuk.
- Hidangkan masak lemak pucuk ubi kepada keluarga korang. Siap!
Video
Notes
Masak lemak ni sedap di makan dengan nasi panas. Ada pulak ikan gorang kunyit dengan sambal belacan fuh nikmatnya. Biasanya kalau aku lah makan dengan anak aku mesti bertambah nasi ni. Tapi beras tempatan pun susah nak dapat masa ni. hahaha
Semoga perkongsian resepi mudah ni dapat menambahkan lagi ilmu korang dalam masakan melayu ni yer. Korang juga boleh cek video masakan ni. Selamat mencuba.