Resepi sup tulang untuk mereka yang merindukan makan di kedai makan. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan kita semua sudah tidak dapat makan di kedai makan. Sememangnya khususnya aku rindu nak lepak makan di kedai dan pekena sup tulang.
Antara spesifikasi sup tulang yang aku suka adalah rasa sup itu sendiri. Sup tak terlalu masin dan tak terlalu terasa rempah sup tu sendiri. Tapi susah nak dapat rasa macam tu sebab setiap kedai mesti ada rempah rahsia sup tulang dia sendiri.
Oleh itu, tergerak aku nak kongsi macam mana nak masak sup tulang dengan resepi mudah sup tulang ni. Dalam pada masa PKP ni dilaksanakan boleh la kita cuba masak kat rumah sendiri kan. Paling tidak dapat juga la melepas rindu nak makan sup tulang ni.
Nak menghasilkan sup tulang yang sedap kena banyak bersabar kerana nak rebus tulang tu sendiri nak bagi lembut pun da lama. Tapi hasilnya amat memuaskan jika dapat sup yang kita inginkan.
Sup tulang ni sesuai di makan oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga boleh di makan tak kira makan tengah hari, makan malam dan berbuka puasa. Untuk majlis kenduri kawin pun sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu.
Resepi Mudah Sup Tulang
Kita terus kepada cara penyediaan sup tulang. Korang boleh ikut langkah-langkah untuk menyediakan sup tulang seperti yang aku kongsikan kat bawah ni. Ikut langkah-langkah ni dengan teliti, In Shaa Allah sup tulang korang akan jadi dan sedap.
Resepi Sup Tulang
Equipment
- Periuk untuk merebus tulang lembu
- Senduk
- Pisau
- Dapur gas
- Blender/Pengisar
Ingredients
Bahan-Bahan Utama Sup Tulang
- 1 Kg Tulang lembu yang di potong kecik
- 1 Senduk Minyak masak
- 1 Batang Kulit kayu manis
- 3 Kuntum Bunga lawang
- 5 Kuntum Bunga cengkih
- 3 Biji Buah pelaga
- 1 Biji Bawang besar
- 2 Sudu Besar Rempah sup
- 1 Batang Lobak merah Di potong dadu
- 2 Biji Kentang Di potong dadu
- 1 Batang Daun sup
- 1 Batang Daun bawang
- 4 Biji Cili api
- 4 Sudu Bawang goreng
- 2 Sudu Garam
- ½ Sudu Lada sulah
Bahan Yang Perlu Di Kisar
- 5 Biji Bawang merah
- 3 Biji Bawang putih
- 1 Inci Halia
- ½ Batang Lobak Merah
- 1 Batang Celery
- 1 Batang Leek
Sambal Kicap
- 15 Biji Cili padi
- 3 Biji Bawang putih
- ½ Cawan Kicap manis
- 1 Sudu besar Sos tomato
- 1 Sudu kecil Cuka makanan
Instructions
Rebus Tulang Lembu
- Masukkan air kedalam periuk sederhana besar dan panaskan di atas dapur gas dengan api yang besar.
- Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tulang lembu kedalam periuk.
- Rebus tulang lembu selama 2 jam. Jika air kurang tambahkan air kedalam periuk. Tips: Semasa merebus tulang lembu terdapat kekotoran yang keluar daripada tulang lembu berkenaan. Buang kekotorang tersebut daripada dalam periuk.
- Selepas 2 jam tutupkan api dan tutup periuk berkenaan sementara kita menyediakan bahan-bahan yang lain.
Bahan Kisar Untuk Sup Tulang
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia ke dalam mesin blender dan kisar bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.
- Masukkan lobak merah, batang celery dan leek yang telah dipotong ke dalam mesin blender dan kisah bahan-bahan ni. Selesai mengisar masukkan ke dalam 1 mangkuk.
Mula Memasak Sup Tulang
- Letakkan periuk saiz sederhana besar di atas dapur gas, masukkan minyak masak dan panaskan.
- Setelah minyak menjadi panas masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dikisar tadi bersama-sama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ke dalam periuk dan timus sehingga berbau wangi.
- Masukkan pula lobak merah, batang celery dan leek yang telah dikisar dan tumis lagi sehingga sebati.
- Masukkan pula rempah sup dan gaul sehingga sebati. Tips: Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
- Setelah bahan-bahan tumis telah garing, masukkan air rebusan tulang dan tulang lembu yang telah di rebus ke dalam periuk. Tips: Jika kelihatan kurang air boleh ditambah lagi degan air.
- Biarkan ia merenih seketika dalam 5 minit. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
- Masukkan lobak merah dan kentang yang telah dipotong dadu.
- Setelah kentang menjadi empuk, masukkan daun sup dan batang celery yang telah dipotong, bawang goreng dan cili padi.
- Tutup api dapur gas dan siap untuk dihidangkan.
Kuah Sambal Kicap
- Kisar dengan mesin blender kesemua bahan-bahan untuk membuat sambal kicap seperti cili padi, bawang putih, kicap manis, sos tomato dan cuka makanan.
- Masukkan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidangkan bersama dengan sup tulang.
Notes
Macam mana dengan resepi sup tulang yang aku share kat atas? Mesti sedapkan. Apa lagi jom menjamu selera dulu. Tengah panas-panas la sedap nak makan. Kena pulak dengan kuah kicap tu fuhhh memang menaikkan selera betul la.
Tips: Berapa lama nak rebus tulang?
Untuk mendapatkan sup tulang yang sedap, tulang lembu perlu la empuk dan lembut untuk di makan. Jika kenyal macam chewing gum baik tak payah makan kan.
Bagi persoalan berapa lama masa diperlukan untuk mendapatkan tulang lembu yang empuk dan daging yang sedap, tulang perlu la direbus sekurang-kurangnya 2 jam. Paling empuk 5 jam dan jika lebih pada ni daging pada tulang akan tertanggal daripada tulang.
Itu sahaja perkongsian aku pada kali ni. Berjumpa lagi di post resepi makanan sedap resepi mudah yang akan akan datang. Terima kasih.