Kalau korang first time nak masak ni aku sarankan folow dengan teliti cara penyediaan resepi ni. Ada video pun aku sediakan untuk korang ikut. Masa penyediaan bahan masak aku letak 30minit sebab termasuk masa nak petik pucuk ubi. Tak penting pun masa penyediaan masakan tu. Korang dah ready korang start je masak.
Prep Time30 minutesmins
Cook Time20 minutesmins
Course: Makan Tengah Hari, Makanan Berkuah, Makanan Kampung
Cuisine: Makanan Melayu
Diet: Halal
Keyword: cara masak pucuk ubi, masak lemak pucuk ubi
Servings: 5Orang
Calories: 1000kcal
Cost: RM 10
Equipment
1 Dapur gas Dapur kayu lagi sedap
1 Mesin blender/Batu lesung
1 Kuali sederhana besar
1 Sudip/Senduk
Ingredients
1ikatpucuk ubisederhana banyak untuk 5 orang
2suduminyak masak
1kotaksantan kelapakotak kecil jer. Kalau dapat santan perah lagi cun.
1genggamikan bilis
3bijicili apikalau tak letak cili sikit macam tak kena rasa dia
1incikunyit hidup
3ulasbawang merah
1ulasbawang putih
1batangserai
1sudugaramsecukup rasa
⅓suduserbuk perasaajinomoto/cukup rasa terpulang kat korang
2cawanairaku prefer letak air masak
Instructions
Rendam ikan bilis 10 min. Toss kan selepas di rendam.
Tumbuk ikan bilis, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan cili api sekali jalan. Nak blend guna blender pun aku ok je.
Ketuk serai menggukan batu lesung.
Pilih pucuk ubi yang sedang-sedang lembut, potong/tidak di potong di rendamkan/di celurkan dalam air panas selama 5-10 min sehingga lembut. Kemudian toss kan pucuk ubi tadi.
Tenggek kuali atas dapur gas dan masukkan minyak ke dalamnya. Nyalakan api dan tunggu minyak panas.
Masukkan bahan yang telah ditumbuk/dikisar tadi ke dalam kuali dan kacau menggunakan sudip sehingga naik bau.
Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali beserta serai yang telah ditumbuk. Kacau sehingga mendidih.
Masukkan pucuk ubi dan kacau sebentar.
Masukkan santan dan kacau semua bahan di dalam kuali sehingga sekata.
Masukkan bahan perasa garam dan serbuk perasa ke dalam kuali dan kacau.
Sentiasa kacau bahan masakan di dalam kuali untuk mengelakkan santan pecah minyak dan berketul.
Jika dari pandangan mata korang pucuk ubi tu macam da empuk, boleh la di angkat masakan tadi ke dalam mangkuk.
Hidangkan masak lemak pucuk ubi kepada keluarga korang. Siap!
Video
Notes
Aku sediakan video cara masak lemak pucuk ubi ni dari memetik, penyediaan sebelum memasak sehinggalah selesai memasak. Semoga perkongsian ini membantu korang untuk mencuba resepi pucuk ubi ini.