Roti goreng salut telur ni menggunakan bahan yang sangat mudah seperti roti, telur, dan garam. Hidangan juga boleh di sesuaikan mengikut kehendak kita. Kalau sorang je yang makan buat sikit jela. Kalau ramai hanya tambahkan sahaja bahan masakan.
Prep Time10 minutesmins
Cook Time10 minutesmins
Course: Appetizer, Breakfast, Snack
Cuisine: Makanan Malaysia
Diet: Halal
Keyword: makanan sarapan pagi, roti goreng
Servings: 3orang
Calories: 1000kcal
Cost: 5
Equipment
1 Kuali kecil pun ok
1 Sudip memasak
1 Dapur gas pastikan gas cukup
1 mangkuk untuk bahan-bahan masak
1 Pengaduk/pemukul telur pakai sudu pun boleh. Tujuan untuk menggaul bancuhan sehingga sebati
Ingredients
2suduminyak masaksudu size standard
6kepingrotibrand tak kisah
2bijitelurgrade B ; grade C kene pakai 3 biji
½sudugaramsudu size standard
Instructions
Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
Masukkan setengah sudu garam.
Kacau telur dan garam sehingga sebati.
Panaskan kuali dan masukkan minyak dan tunggu sehingga minyak di dalam kuali itu panas.
Celupkan roti ke dalam adunan untuk kedua-dua bahagian roti.
Dengan menggunakan api yang sederhana, masukkan roti ke dalam kuali dan goreng.
Terbalikkan roti selepas 2 min. Terbalikkan lagi untuk periksa keadaan roti yang sedang di goreng.
Jika sudah diyakini masak, angkat roti ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
Ulang langkah 5 sehingga selesai untuk kepingan-kepingan roti yang seterusnya.
Video
Notes
Simple, cepat dan mudah sangat resepi ni kan. Tak ada la susah sangat kalau nak sediakan untuk makanan sarapan pagi kan. Aku juga menyediakan video di bawah untuk korang cuba. Dalam video ni akak tu tambah 3 sudu pekat manis ke dalam bancuhan telur dan garam tu. Aku dah cuba dan rasanya berlemak sedikit la. Pun sedap juga.