Roti goreng salut telur sangat simple tapi mengenyangkan. Untuk aku menu ni pagi-pagi sebelum pergi kerja tu memang sangat mudah la untuk di masak. Cepat dan mudah hanya perlukan roti dan telur dan di goreng.
Biasanya kalau dah lambat pergi kerja dan rushing untuk hantar anak pergi sekolah, memang sesuai sangat menu ni untuk di jadikan makanan sarapan pagi. Orang kata roti goreng ni berminyak, betul ke? Tips goreng roti tak banyak minyak ; jangan gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.
Gunakan tisu untuk serap minyak yang terkandung di dalam roti goreng tersebut. Tanpa membuang masa, let’s jump into the recipe.
Roti Goreng Salut Telur
Equipment
- 1 Kuali kecil pun ok
- 1 Sudip memasak
- 1 Dapur gas pastikan gas cukup
- 1 mangkuk untuk bahan-bahan masak
- 1 Pengaduk/pemukul telur pakai sudu pun boleh. Tujuan untuk menggaul bancuhan sehingga sebati
Ingredients
- 2 sudu minyak masak sudu size standard
- 6 keping roti brand tak kisah
- 2 biji telur grade B ; grade C kene pakai 3 biji
- ½ sudu garam sudu size standard
Instructions
- Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
- Masukkan setengah sudu garam.
- Kacau telur dan garam sehingga sebati.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak dan tunggu sehingga minyak di dalam kuali itu panas.
- Celupkan roti ke dalam adunan untuk kedua-dua bahagian roti.
- Dengan menggunakan api yang sederhana, masukkan roti ke dalam kuali dan goreng.
- Terbalikkan roti selepas 2 min. Terbalikkan lagi untuk periksa keadaan roti yang sedang di goreng.
- Jika sudah diyakini masak, angkat roti ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
- Ulang langkah 5 sehingga selesai untuk kepingan-kepingan roti yang seterusnya.
Video
Notes
Ok siap dah resepi untuk kali ni roti goreng salut telur yang sangat mudah untuk di sediakan. Aku harap dengan perkongsian kali ni akan menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua. Resepi ni kalau dah tak ada idea sangat nak makan apa untuk sarapan pun boleh jadi makanan yang menyelerakan.
Sekian daripada aku, semoga berjumpa lagi di resepi-respi yang lainnya. Jangan lupa share resepi ni kepada kawan-kawan korang yer.