Ada lagi ke yang masih mencari cara buat tempoyak durian ni? Zaman makanan hipster dan korean penuh di pasaran Malaysia masih ade lagi yang mencari resepi ni? Baiklah aku rasa macam kena terus kongsi cara buat tempoyak durian dengan mudah dan sedap. Cara-caranya:-
Cara Buat Tempoyak Durian
- Pilih isi durian yang elok sahaja.
- Asingkan isi durian daripada bijinya.
- Masukkan isi durian yang telah diasingkan daripada bijinya ke dalam penapis.
- Toss kan isi durian tadi untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya.
- Toss kan selama 2 malam di luar peti ais dalam keadaan bertutup.
- Masukkan garam secukup rasa. Untuk 1kg isi durian aku syorkan guna 3 sudu garam.
- Masukkan gula sedikit. Untuk 1kg isi durian aku cadangkan masukkan 1 sudu gula.
- Gaul sekata isi durian bersama garam dan gula tadi.
- Masukkan isi durian yang sudah siap digaul tadi ke dalam bekas bertutup seperti balang kuih raya.
- Boleh di simpan di dalam peti ais ataupun di luar. Proses ini dipanggil proses memeram tempoyak durian.
- Selepas 2 hari di peram, isi durian tadi sudah menjadi tempoyak durian dan sedia untuk di makan.
Itu cara yang paling mudah la untuk menghasilkan tempoyak durian yang sedap. Untuk resepi yang mudah korang faham dan nampak korang boleh tengok resepi di bawah ni.
Cara Buat Tempoyak Durian
Equipment
- 1 Penapis untuk letak isi durian
- 1 Besen untuk toss isi durian
- 1 Pisau untuk potong dan asingkan isi durian
- 1 Balang kuih raya untuk peram isi durian
Materials
- 1 KG Isi durian kampung nak guna durian lain pun boleh
- 3 Sudu Garam sudu biasa
- 1 Sudu Gula sudu biasa
Instructions
- Pilih isi durian yang baik dan asingkan daripada buah durian
- Asingkan isi durian daripada bijinya menggunakan pisau
- Masukkan isi durian ke dalam penapis
- Toss kan isi durian di atas besen selama 2 hari
- Masukkan garam dan gula mengikut sukatan
- Gaul isi durian dengan sebati
- Masukkan isi durian ke dalam bekas/balang
- Perap isi durian selama 2 hari
- Setelah 2 hari isi durian sudah menjadi tempoyak durian yang sedap untuk di makan
Notes
Tips Tempoyak Durian Tahan Lama
- Guna isi durian yang elok sahaja. Jangan guna isi durian yang sudah masam.
- Pilih isi durian yang sedikit lembik. Kebiasaannya isi durian kampung yang mempunyai tekstur sebegini.
- Keluarkan air daripada isi durian dengan cara toss kan selama 2 malam seperti di dalam cara buat tempoyak durian di atas.
- Jangan kisar isi durian. Cukup sahaja dengan melenyekkannya menggunakan tangan.
Berapa Lama Tempoh Masa Tempoyak Durian Boleh Bertahan
Selalunya, tempoyak durian yang tidak ditambah dengan apa-apa bahan asing akan bertahan selama setahun di dalam bekas bertutup.Cara buat tempoyak durian ni sempoi kan. Mudah sahaja resepi yang aku kongsikan ni. Korang boleh buat stok tempoyak durian banyak-banyak lah lepas ni. Musim durian dah habis pun masih ada lagi tempoyak durian ni. Boleh tahan sampai satu tahun.
Tips Tempoyak Durian Tahan Lama
- Guna isi durian yang elok sahaja. Jangan guna isi durian yang sudah masam.
- Pilih isi durian yang sedikit lembik. Kebiasaannya isi durian kampung yang mempunyai tekstur sebegini.
- Keluarkan air daripada isi durian dengan cara toss kan selama 2 malam seperti di dalam cara buat tempoyak durian di atas.
- Jangan kisar isi durian. Cukup sahaja dengan melenyekkannya menggunakan tangan.
Berapa Lama Tempoh Masa Tempoyak Durian Boleh Bertahan (Expired)
Selalunya, tempoyak durian yang tidak ditambah dengan apa-apa bahan asing akan bertahan selama setahun di dalam bekas bertutup.
Jangan lupa share resepi mudah ni kalau korang rasa sesuai untuk kawan-kawan korang yang tengah cari cara buat tempoyak dengan mudah, cepat dan murah. Aku juga ada jual tempoyak durian ni di sini https://shope.ee/4fUrcQrq77.