• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
Makanan Sedap Resepi Mudah
  • Home
  • Hubungi
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Resepi Mudah
Home » Makanan Sarapan Pagi » Roti Goreng Salut Telur Mudah Di Masak

Roti Goreng Salut Telur Mudah Di Masak

5 October 2023 by sharafie

Jump to Recipe Jump to Video Print Recipe

roti-goreng-salut-telur

Roti goreng salut telur sangat simple tapi mengenyangkan. Untuk aku menu ni pagi-pagi sebelum pergi kerja tu memang sangat mudah la untuk di masak. Cepat dan mudah hanya perlukan roti dan telur dan di goreng.

Biasanya kalau dah lambat pergi kerja dan rushing untuk hantar anak pergi sekolah, memang sesuai sangat menu ni untuk di jadikan makanan sarapan pagi. Orang kata roti goreng ni berminyak, betul ke? Tips goreng roti tak banyak minyak ; jangan gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.

Gunakan tisu untuk serap minyak yang terkandung di dalam roti goreng tersebut. Tanpa membuang masa, let’s jump into the recipe.

roti-goreng-salut-telur
Print Recipe

Roti Goreng Salut Telur

Roti goreng salut telur ni menggunakan bahan yang sangat mudah seperti roti, telur, dan garam. Hidangan juga boleh di sesuaikan mengikut kehendak kita. Kalau sorang je yang makan buat sikit jela. Kalau ramai hanya tambahkan sahaja bahan masakan.
Prep Time10 minutes mins
Cook Time10 minutes mins
Course: Appetizer, Breakfast, Snack
Cuisine: Makanan Malaysia
Diet: Halal
Keyword: makanan sarapan pagi, roti goreng
Servings: 3 orang
Calories: 1000kcal
Cost: 5

Equipment

  • 1 Kuali kecil pun ok
  • 1 Sudip memasak
  • 1 Dapur gas pastikan gas cukup
  • 1 mangkuk untuk bahan-bahan masak
  • 1 Pengaduk/pemukul telur pakai sudu pun boleh. Tujuan untuk menggaul bancuhan sehingga sebati

Ingredients

  • 2 sudu minyak masak sudu size standard
  • 6 keping roti brand tak kisah
  • 2 biji telur grade B ; grade C kene pakai 3 biji
  • ½ sudu garam sudu size standard

Instructions

  • Pecahkan 2 biji telur kedalam mangkuk.
  • Masukkan setengah sudu garam.
  • Kacau telur dan garam sehingga sebati.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak dan tunggu sehingga minyak di dalam kuali itu panas.
  • Celupkan roti ke dalam adunan untuk kedua-dua bahagian roti.
  • Dengan menggunakan api yang sederhana, masukkan roti ke dalam kuali dan goreng.
  • Terbalikkan roti selepas 2 min. Terbalikkan lagi untuk periksa keadaan roti yang sedang di goreng.
  • Jika sudah diyakini masak, angkat roti ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
  • Ulang langkah 5 sehingga selesai untuk kepingan-kepingan roti yang seterusnya.

Video

Notes

Simple, cepat dan mudah sangat resepi ni kan. Tak ada la susah sangat kalau nak sediakan untuk makanan sarapan pagi kan. Aku juga menyediakan video di bawah untuk korang cuba. Dalam video ni akak tu tambah 3 sudu pekat manis ke dalam bancuhan telur dan garam tu. Aku dah cuba dan rasanya berlemak sedikit la. Pun sedap juga.

Ok siap dah resepi untuk kali ni roti goreng salut telur yang sangat mudah untuk di sediakan. Aku harap dengan perkongsian kali ni akan menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk kita semua. Resepi ni kalau dah tak ada idea sangat nak makan apa untuk sarapan pun boleh jadi makanan yang menyelerakan.

Sekian daripada aku, semoga berjumpa lagi di resepi-respi yang lainnya. Jangan lupa share resepi ni kepada kawan-kawan korang yer.

Filed Under: Makanan Sarapan Pagi, Resepi Mudah Tagged With: makanan sarapan pagi, roti goreng

Previous Post: « Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi Kampung Style
Next Post: Cara Buat Tempoyak Durian Dengan Mudah Dan Sedap »

Primary Sidebar

Pemberitahuan/Announcement

attention-pengumuman-announcement

Kepada pengunjung yang baru dan belum biasa dengan blog ni, korang boleh cek FAQ untuk ketahui fungsi dan cara nak print resepi di blog ni.

Resepi Mudah Terbaru

  • Tips Memilih Pucuk Ubi untuk Masakan
  • Cara Memasak dan Membasuh Siput Sedut dengan Bersih
  • Resepi Masak Lemak Siput Sedut yang Mudah dan Sedap
  • Resepi Kuih Ketayap yang Sedap dan Mudah Disediakan
  • Resepi Mudah Donut Lembut dan Gebu dengan Tips Tahan Lama

Featured Post

resepi asam pedas ikan merah

Resepi Asam Pedas Ikan Merah

resepi sup tulang sedap

Resepi Sup Tulang Sedap Dan Sempoi

Copyright © 2025 · MAKANAN SEDAP RESEPI MUDAH · Log in